Produk Koko (Separa Proses)
Likur Koko





Hasil yang diperolehi apabila nib koko dikisar halus. Likur Koko juga dikenali sebagai pes koko atau massa koko atau likur koko tanpa nyah lemak.
Kek Koko












Likur koko dinyahlemak adalah likur koko yang telah diperah keluar sebahagian besar daripada minyak atau lemaknya. Ia juga dikenali sebagai kek koko.
Lemak Koko





Ialah lemak semulajadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu.Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolestrol tetapi asid sterik yang terdapat didalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol dalam darah
Serbuk Koko







Merupakan produk bersama yang dihasilkan bersama lemak koko. Serbuk koko mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E.