Nilai Ekonomi Koko
Sistem Tanaman Koko
SISTEM TANAMAN KOKO
Sistem Tanaman Koko Tunggal/ Monokultur
Sistem tanaman koko tunggal adalah sesuai bagi petani yang mempunyai keluasan tanah yang luas (15 ekar atau 6 hektar) dan semua tanaman komersil boleh ditanam mengikut nisbah tanaman 6:3:1 iaitu kelapa sawit, getah dan koko. Sistem ini bertujuan untuk membantu petani membangunkan sistem tanaman tunggal dengan kepadatan yang optima.
Dalam sistem tanaman tunggal ini, pokok lindungan sementara seperti pisang dan jagung secara umumnya boleh ditanam bersama-sama pokok lindungan kekal semasa fasa pembentukan tanaman.
Gliricidia macculata atau pokok lindungan kekal ditanam pada jarak 3m x 3m dan koko ditransplantasikan 6 hingga 9 bulan kemudian. Pokok lindungan kekal akhirnya akan berubah menjadi nipis pada jarak 12m x 12m apabila pokok koko tersebut dewasa dan matang (Gambar 1.1).
![]() | Koko |
![]() | Gliricidia Macculata |
ANALISIS ALIRAN TUNAI
SISTEM TANAMAN KOKO TUNGGAL
SAIZ KEBUN (hektar) |
HARGA (RM/tan) |
NILAI KINI BERSIH (RM@15%) |
KADAR PULANGAN DALAMAN (%) |
TEMPOH BAYARAN BALIK (Tahun) |
1 |
5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000 |
10,809 17,662 24,515 31,368 38,221 45,074 |
27 32 37 42 46 50 |
6.4 5.8 5.3 5.0 4.6 4.3 |
PENDAPATAN
PENDAPATAN PETANI SEHEKTAR BAGI TANAMAN KOKO TUNGGAL
HARGA (RM/tan) |
PRODUKTIVITI (tan/hektar) |
PENDAPATAN KASAR (RM/Tahun) |
PENDAPATAN BERSIH (RM/Tahun) |
5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000 |
1.5 1.5 1.5 1.5 1.5 1.5 |
7,500 9,000 10,500 12,000 13,500 15,000 |
4,560 6,060 7,560 9,060 10,560 12,060 |
Nota:
i) Pada tingkat produktiviti 1.5 tan/hektar
ii) Kos pengeluaran RM2,940/hektar/tahun (Tahun rujukan 2010)
Sistem tanaman integrasi koko dengan sawit adalah bertujuan untuk membantu petani mendapatkan keuntungan yang optima dengan tanah yang terhad. Integrasi ini dilaksanakan melalui penanaman serentak di kawasan baru atau mengurangkan kepadatan tanaman sedia ada dan menanam baru tanaman integrasinya iaitu sawit.
Dalam sistem tanaman integrasi koko dengan kelapa sawit pepagar dua baris ini, kelapa sawit ditanam dua baris secara pepagar dan di antara pepagar ditanam dengan 6 baris koko. Sawit ditanam segitiga tidak sama iaitu 9.1 m x 9.1 m x 6.5 m dan antara baris sawit 8.5 m bagi memudahkan kerja-kerja pemungutan hasil kelapa sawit dan keperluan amalan agronomi. Jarak antara pepagar sawit ialah 23 m. Koko ditanam 3 m segitiga sama. Jarak antara baris koko dan baris sawit ialah 5 m.
Sistem ini menggalakkan penuaian dan pengangkutan hasil tanaman lebih mudah dan sistematik. Sistem tanaman yang disyorkan bagi tanaman koko dengan sawit ditunjukkan pada Gambar 2.1.
![]() | Koko |
![]() | Sawit |
ANALISIS ALIRAN TUNAI
SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – SAWIT
SAIZ KEBUN (hektar) |
HARGA (RM/tan) |
NILAI KINI BERSIH (RM@15%) |
KADAR PULANGAN DALAMAN (%) |
TEMPOH BAYARAN BALIK (Tahun) |
1 |
5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000 |
27,862 31,945 36,028 40,112 44,195 48,278 |
39 41 43 46 48 50 |
5.1 4.9 4.8 4.6 4.5 4.4 |
Sistem tanaman integrasi koko dengan getah ialah sistem pepagar satu baris. Sistem ini dilaksanakan kerana getah mempunyai sistem akar dan dahan yang agresif dalam mencari nutrien, air, ruang dan cahaya matahari. Orientasi baris tanaman ialah timur – barat supaya tanaman getah tidak banyak menghalang cahaya matahari kepada tanaman koko. Tanaman serentak ini memerlukan tanaman lindungan separa kekal atau kekal bagi koko.
Sistem integrasi ini perlu dibangunkan dengan barisan tanaman menghala ke timur – barat. Ianya perlu dibuat begini kerana getah mempunyai sistem pendahanan yang padat dan banyak menghalang cahaya matahari kepada tanaman koko jika orientasinya adalah utara – selatan. Dalam sistem baru ini, getah ditanam 28.2 m antara pepagar, 1 m dalam barisan dan 6 m ke barisan pertama koko. Koko ditanam 8 baris di antara pepagar getah dengan jarak tanaman 3 m segitiga sama (Gambar 3.1).
![]() | Koko |
![]() | Getah |
ANALISIS ALIRAN TUNAI
SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – GETAH
SAIZ KEBUN (hektar) |
HARGA (RM/tan) |
NILAI KINI BERSIH (RM@15%) |
KADAR PULANGAN DALAMAN (%) |
TEMPOH BAYARAN BALIK (Tahun) |
1 |
5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000 |
35,498 39,878 44,252 48,619 52,993 57,367 |
37 39 41 43 45 47 |
5.6 5.4 5.2 5.1 5.0 4.9 |
Sistem ini membantu petani membangunkan sistem integrasi koko dengan kelapa menggunakan sisitem dua baris pepagar.
Sistem tanaman integrasi koko dengan kelapa ditunjukkan pada Gambar 4.1. Pokok kelapa ditanam menggunakan sistem dua baris pepagar dan di antara pepagar ditanam dengan 6 baris koko. Kelapa ditanam segitiga sama 7 m x 7 m x 7 m. Jarak antara pepagar kelapa ialah 23 m. Koko ditanam pada jarak 3 m segitiga sama. Jarak antara baris koko dan kelapa ialah 5 m. Pokok kelapa tinggi ditanam menggunakan sistem ini.
![]() | Koko |
![]() | Kelapa |
ANALISIS ALIRAN TUNAI
SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – KELAPA
SAIZ KEBUN (hektar) |
HARGA (RM/tan) |
NILAI KINI BERSIH (RM@15%) |
KADAR PULANGAN DALAMAN (%) |
TEMPOH BAYARAN BALIK (Tahun) |
1 |
5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000 |
15,533 20,014 24,495 28,976 33,457 37,937 |
30 34 37 40 43 45 |
5.9 5.5 5.3 5.1 4.9 4.7 |
Sistem pepagar satu baris adalah sesuai untuk tanaman integrasi antara koko dengan buah-buahan seperti durian kerana kesesuaian sistem pengakarannya. Sistem ini memberi pendapatan dari koko dan durian.
Koko boleh ditanam di kawasan kebun yang sedia ada atau di bawah pokok lindungan yang mempunyai nilai ekonomi. Namun, jarak tanaman pokok lindungan ini atau kebun sedia ada mestilah memenuhi keperluan lindungan pokok koko sehingga tempoh matang. Kebun sedia ada atau pokok lindungan berekonomi harus mempunyai struktur kanopi terbuka untuk pencahayaan yang cukup untuk kanopi koko.
Tanaman durian ditanam sebaris dengan jarak antara barisan 23 m dan barisan 10 m. Koko ditanam dengan 6 baris antara barisan durian. Jarak tanaman koko adalah 3 m segitiga sama dan jarak antara baris koko dengan baris durian ialah 5 m (Gambar 5.1).
![]() | Koko |
![]() | Durian |
ANALISIS ALIRAN TUNAI
SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – BUAH-BUAHAN (DURIAN)
SAIZ KEBUN (hektar) |
HARGA (RM/tan) |
NILAI KINI BERSIH (RM@15%) |
KADAR PULANGAN DALAMAN (%) |
TEMPOH BAYARAN BALIK (Tahun) |
1 |
5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000 |
46,603 52,085 57,567 63,050 68,532 74,014 |
36 40 43 45 48 50 |
6.9 6.4 6.1 5.6 5.3 5.0 |
Sumber: Lembaga Koko Malaysia