Koko Di Malaysia
Koko merupakan tanaman komoditi keempat terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan kayu kayan. Malaysia adalah negara pengisar koko yang ketujuh terbesar di dunia selepas Belanda, Cote d'Ivoire, Indonesia, Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman koko yang besar iaitu menyumbang kepada 6,819 hektar (40.4%) daripada jumlah kawasan penanaman koko di Malaysia berbanding Sabah, 6,819 hektar (40.1%) dan Semenanjung Malaysia, iaitu sebanyak 3,293 hektar (19.5%). Negara-negara pengeluar koko utama di dunia adalah Cote d’Ivoire, Ghana, Indonesia, Ecuador dan Cameroon.
Sumber: Buletin Statistik & Harga Koko, Vol. 3/2017/18
Fakta Koko
1 Hektar |
= |
1,111 pokok koko (3m X 3m) |
1 Pokok |
= |
30 - 45 buah |
1 Buah |
= |
30 - 40 biji koko |
8 Buah |
= |
1kg biji koko basah |
25 Buah |
= |
1kg biji koko kering |
1 Buah |
= |
RM0.30 - RM0.70 |
1kg biji koko basah |
= |
RM1.65 - RM2.60 |
1kg biji koko basah |
= |
0.30kg - 0.40kg biji koko kering |
1kg biji koko kering |
= |
RM8.00 - RM10.00 |
Sumber: Program Koko Untuk Rakyat
Pokok Koko
Bahan tanaman koko yang baik mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:
- hasil yang tinggi
- biji yang bermutu seperti purata berat kering di antara 1.1 hingga 1.2 gram sebiji,
- biji yang gempal dan seragam serta kandungan kulit yang rendah iaitu kurang daripada 13%
- kandungan lemak dalam biji melebihi 50%
- mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama
Terdapat dua jenis bahan tanaman koko iaitu hibrid dan klon.
Hibrid |
Klon |
|
|
Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia
![]() |
Jenis Pokok Koko
![]() |
![]() |
Pokok Klon
![]() |
![]() |
Bunga Koko
- Bunga terdapat di setiap ketiak daun pada batang utama dan dahan kipas
- Pendebungaan aktif akan berlangsung di antara pukul 7:00 pagi hingga 10:00 pagi
- Debunga koko adalah kecil dan melekit serta senang melekat pada badan serangga pendebunga
- Pendebungaan dilakukan oleh serangga pendebunga yang kebanyakkannya terdiri daripada jenis agas
- Serangga ini akan meletakkan debunga dari beberapa banyak bunga ke atas pistil supaya berlakunya pendebungaan dan persenyawaan
- Bunga yang telah melalui proses pensenyawaan akhirnya akan menjadi buah
- Sekiranya pendebungaan tidak berlaku dalam masa sehari bunga akan kembang, maka bunga berkenaan akan gugur
Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia
![]() |
![]() |
Buah Koko
- Buah akan masak kira-kira 5-6 bulan selepas persenyawaan
- Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah koko, bergantung kepada jenis baka
- Warna kulit yang muda biasanya hijau atau ungu kemerahan pada keseluruhan kulit dan apabila masak, warnanya berubah menjadi kekuning-kuningan
- Buah koko yang keseluruhannya berwarna kuning menunjukkan buah tersebut sudah terlalu masak. Buah-buah koko tidak digalakkan dibiarkan sehingga terlalu masak kerana ada biji-biji koko yang akan bercambah.
Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia & Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Biji Koko
- Benih pokok koko (Theobroma cacao) yang menghasilkan buah koko.
- Biji koko mempunyai dua kotiledon dan germa atau embrio yang dilitupi oleh testa
- Setiap biji koko dikelilingi oleh pulpa musilaj dan berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna
- Jumlah biji koko bagi setiap buah koko adalah di antara 30 hingga 50 biji.
Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia
![]() |
![]() |
Biji Koko Basah
|
![]() |
![]() |
Biji Koko Kering
|