Tips & Petua di Dapur
1 - 5
![]() | 3. Swiss Roll Tidak Patah Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:
|
4. Shortening & Ovalette Shortening adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Ovalette atau Quick 75 sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan. Pastikan label "Halal" pada bungkusan. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer. | ![]() |
![]() | 5. Buttercream Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi. Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising. |
6 - 10
7. Tips Membeli Alatan Memasak Proses memasak akan terganggu apabila barangan memasak rosak. Ini bukan sahaja akan melambatkan masa memasak, malah boleh membahayakan keselamatan keluarga dan rumah jika berlaku kemalangan atau kebakaran disebabkan kerosakan peralatan. Peralatan memasak yang elok tidak semestinya yang mahal. Yang penting, pilih yang berkualiti tinggi dan baru. Berikut adalah beberapa tips membeli perkakas memasak:
Elakkan membeli perkakas di kedai murahan, sebaliknya beli di pasaraya besar. Ini supaya anda tidak terbeli perkakas yang terpakai atau kotor.
Jika anda mahu berjimat, belilah ketika musim jualan murah. Ketika ini, barangan perkakas akan dijual dengan harga lebih murah, terutamanya jika pasaraya ingin menghabiskan stok lama. Selain itu, gudang jualan juga salah satu tempat untuk membeli perkakas dengan harga yang murah. Anda cuma perlu bersabar untuk mencari barangan yang dikehendaki.
Jika perkakas memasak yang dikehendaki terlalu mahal dan anda tidak mampu untuk membelinya, carilah alternatif lain. Misalnya jika mesin pengisar rosak, gunalah cara lama iaitu menggunakan sudu. Untuk mengukur, boleh menggunakan cawan dan senduk yang sedia ada di rumah.
Kebanyakan kita tidak mahu mencuba perkakas sebelum membelinya kerana menganggap jika ada kerosakan, ia boleh dipulangkan atau digantikan. Namun selalunya perkakas yang rosak akan dibiar terabai begitu sahaja kerana tidak mahu membazir wang, masa, dan tenaga untuk kembali ke pasaraya tersebut. Oleh itu, cuba alat perkakas terlebih dahulu dan pastikan ia berfungsi dengan baik. Perkakas
besi adalah lebih elok. Jika bajet mencukupi, belilah perkakas besi
tahan karat. Ia tidak berkarat dan mudah dibersihkan berbanding plastik.
Ia juga lebih selamat kerana tidak mudah pecah tidak seperti kaca, yang
mungkin membahayakan kanak-kanak. Satu kelemahan besi ialah ia mudah
panas. |
9. Merawat Perkakas Dapur Bau kotor, lemak dan daki biasanya selalu merosakkan peralatan dapur. Tapi sebenarnya semua itu boleh diatasi asalkan peralatan dapur itu dirawat mengikut fungsi dan bahannya. Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk menjaga peralatan dapur supaya kekal bersih:
|
![]() | 10. Menghilangkan Kotoran pada Chopping Board Juga boleh gunakan peluntur seperti petua menghilangkan kotoran pada blender dan pastikan air yang digunakan mencukupi untuk merendam papan tersebut. |
11 - 15
11.
Menghilangkan Bau Botol atau Balang
Basuh botol atau balang tersebut seperti biasa dan keringkan. Ambil pula arang kayu sebesar 2 cm x 1 cm dan masukkan dalam botol tadi. Tutupkan botol itu. Tutup sehingga bau botol benar-benar hilang (kira-kira dua jam). |
15. Terkena Air Panas Sekiranya anda terkena air panas, madu panas atau minyak panas semasa memasak, cepat-cepat siramkan dengan air sejuk dengan kadar segera. | ![]() |
16 - 20
![]() | 16. Menghilangkan Kesan Kunyit atau Kotor pada Blender Jika anda ingin menghilangkan kesan kunyit di dalam blender, masukkan sedikit peluntur atau bleach ke dalam blender tersebut dengan sedikit air suam dan kisarkan ait itu sehingga kesan kuning hilang. Anda juga boleh memasukkan dua sudu makan cuka dicampur dengan air panas ke dalam blender dan kemudian kisarkan air tersebut. bilas dengan air panas dan keringkan. Cara ini juga berkesan jika anda ingin menanggalkan kesan karat the, kopi dan sebagainya pada cawan dan gelas atau pinggan. Masukkan peluntur di dalam air panas dalam bekas pilihan anda dan masukkan cawan atau gelas tersebut. biarkan sehingga daki atau karat itu hilang sendiri. Ini mengambil masa kurang sepuluh minit. Selepas itu, bilas pinggan mangkuk anda dengan perahan limau nipis atau pun pencuci pinggan yang biasa anda gunakan. Lihatlah hasilnya. |
21 - 25
![]() | 22. Petua Menyimpan Lengkuas Jika anda tidak mahu lengkuas yang dibeli cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau botol plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat. InsyaAllah ia akan tahan lebih lama. |
![]() | 24. Hilangkan Bau Durian dari Peti Sejuk Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda. Bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau. |
25. Daun Pandan yang Sentiasa Segar Basuh dengan bersih dan bungkus daun pandan itu di dalam akhbar dan simpan dalam peti sejuk. ........................... | ![]() |
26- 30
27. Hilangkan Bau Hamis Daging Rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis kemudian, barulah dimasak mengikut resipi anda atau cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging. | ![]() |
31 - 35
33. Coklat Tulen Coklat tulen mengandungi lemak koko atau tidak lebih daripada 5% lemak sayuran. Sementara coklat kompaun menggunakan lemak gantian bagi menggantikan lemak koko. |
34. Proses 'Tempering' Proses ‘tempering’ atau penyepuhan coklat tulen adalah proses penstabilan lemak koko dengan cara mendinginkan coklat cair kepada suhu tertentu sebelum dinaikkan semula. Suhu stabil bagi coklat pahit atau gelap adalah 30°C – 31°C manakala coklat susu dan coklat putih adalah 27°C – 28°C. |
35. Bebunga Gula Bebunga gula atau `sugar bloom’ terjadi apabila coklat terdedah kepada wap air di udara. Wap air akan melarutkan gula dipermukaan coklat dan kemudian membentuk ktristal gula berwarna putih. |
36 - 39
36. Bebunga Lemak Bebunga lemak atau `fat bloom’ terjadi apabila coklat terdedah kepada suhu yang panas. Lemak dipermukaan coklat akan cair dan kemudian membetuk kristal lemak berwarna putih. |
37. Coklat Gelap Coklat gelap atau pahit dihasilkan dengan menggabungkan massa koko, lemak koko, gula, lesitin (bahan pengemulsi) dan vanilin (perisa vanila). |
38. Proses Penstabilan Kristal Coklat tulen perlu melalui proses penstabilan kristal (tempering) sebelum digunakan untuk pembuatan produk–produk seterusnya. |
39. Coklat Kompaun Coklat kompaun tidak perlu melalui proses penstabilan kristal (tempering) sebelum digunakan untuk pembuatan produk–produk seterusnya. |