Terma & Syarat
- Semua maklumat-maklumat ahli yang berdaftar disini adalah dirahsiakan dan tidak akan dijual, digunakan dan dipaparkan kepada mana-mana pihak tertentu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada pemilik asal.
- Sila semak emel dari pihak kami samada di dalam folder inbox atau folder spam selepas anda berdaftar.
Syarat-Syarat Penggunaan Ruangan Kelab Koko dan Sembang Koko
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web Koko Duniaku bagi ruangan Kelab Koko dan Sembang Koko serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.
- Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, LKM bagi akses atau penggunaan laman web ini. Penggunaan atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
- Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa pihak LKM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk penganiayaan, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada penganiyaan seperti mendatangkan keaiban atau hilang kepercayaan menggunakan perkhidmatan ini.
- Pihak LKM boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, pihak LKM tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa pihak jabatan tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong dan serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa pihak LKM tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.
- Anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakan ruangan ini dan tidak meletakkan apa-apa maklumat yang berunsurkan lucah, kemarahan, ugutan, penganiayaan atau sebarang perkara yang boleh melanggar undang-undang Malaysia. Dengan melakukannya, anda akan dikenakan tindakan tatatertib dan undang-undang dengan segera serta disenarai hitam daripada terus menggunakan laman web ini.
- Anda bersetuju bahawa LKM mempunyai hak untuk memindahkan, mengubah, menghapuskan atau membuang sebarang topik yang boleh mendatangkan aib kepada pengunjung, ahli Kelab Koko serta LKM secara khususnya pada sekian masa yang tertentu.
Tutup