gototopgototop

Produk Makanan & Minuman

Penilaian Pengguna: / 0
Tidak MemuaskanTerbaik 

Coklat

Terdapat pelbagai jenis coklat yang biasa didapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat putih, coklat pahit, coklat berperisa, coklat tanpa gula (coklat diabetik) dan coklat tenaga.

Coklat Susu merupakan campuran likur koko, lemak koko, susu dan gula. Coklat jenis ini merupakan coklat yang digemari oleh peminat coklat  berbanding dengan jenis-jenis coklat lain dan ianya mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% daripada protein, 8% daripada zat besi, 47% daripada kalsium, 19% daripada Riboflavin dan 11% daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

Sumber: Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia

Coklat Putih merupakan campuran gula, lemak koko dan susu. Coklat putih juga mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Di samping itu, coklat putih juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.

Sumber: Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia

Coklat Pahit pula mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat pahit boleh menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Walau bagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat pahit tidak mempunyai campuran susu.

Sumber: Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia

Dalam pasaran sekarang tersedia banyak coklat berperisa dan berwarna. Ini adalah coklat putih yang dibubuh perisa dan diwarnakan seperti coklat perisa strawberi yang berwarna merah jambu, coklat berperisa oren yang berwarna jingga dan pelbagai perisa lagi.

Sumber: Buku Resipi Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer, 2010, Lembaga Koko Malaysia

Bagi menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula pula bahan utama seperti gula biasa (sukrosa) digantikan dengan gula tiruan seperti Maltitol, Sorbitol dan Isomalt. Bahan-bahan lain kekal sama seperti pembuatan coklat kouvertur. Oleh yang demikian coklat tanpa gula masih lagi mengekalkan rasa manisnya tetapi gula yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Biasanya coklat jenis ini agak sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal berbanding coklat biasa.

Sumber: Buku Resipi Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer, 2010, Lembaga Koko Malaysia

Coklat Tenaga adalah coklat yang memberikan tenaga dengan segera atau terus yang diperlukan untuk latihan ketahanan yang berat dan berpanjangan. Ia diformulasikan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan cepat diubah menjadi tenaga bukan seperti bahan-bahan yang kompleks yang dijumpai dalam coklat biasa.

Kandungan yang terdapat di dalam coklat tenaga ialah:

  • Karbohidrat terutama dalam bentuk glukosa menyediakan sumber tenaga yang cepat
  • Jumlah protein tinggi dari coklat normal yang membantu meningkatkan ketahanan mental, meningkatkan metabolisme, memelihara tenaga dan menghilangkan rasa lapar

Lemak yang dikeluarkan sebagai sumber tenaga berasal dari lemak koko asli yang memberikan tekstur dan rasa coklat yang sebenar.

Kandungan Pemakanan Dalam Coklat Tenaga Berbanding Coklat Biasa


Coklat Tenaga

(100 g)

Coklat Biasa

(100 g)

Tenaga (kcal)

571.9

541.9

Karbohidrat (g)

44.3

50.0

Protein (g)

13.3

7.6

Lemak (g)

35.2

35.1

Serat (g)

2.8

2.4

Kelembapan (g)

1.7

1.7

Ash (g)

1.8

2.5

Sumber: Syarikat Momentum Chocolate Sdn Bhd

Kek/Biskut/Konfeksioneri


Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Produk makanan yang dihasilkan seperti Kek, Biskut dan Konfeksioneri dihasilkan melalui penggunaan Serbuk Koko dengan campuran bahan-bahan lain seperti gula, susu dan sebagainya.

Kek Coklat
Kek Coklat
Kek Coklat
Kek Coklat
Biskut Coklat




Minuman

Produk akhir koko yang sangat dikenali dan digemari oleh pengguna-pengguna ialah minuman koko. Minuman koko dihasilkan dengan menggunakan Serbuk Koko dan boleh didapati dalam serbuk koko asli atau serbuk koko dengan ekstrak malt seperti MILO, VICO dan Ovaltine serta minuman pek sedia koko yang dicampurkan dengan susu segar.

Minuman Jus Pulpa Koko pula dihasilkan melalui lelehan air koko daripada pulpa sebelum proses pemeraman yang dicampurkan bahan-bahan lain seperti gula , asid asetik dan sebagainya.

Minuman Koko boleh dinikmati dalam bentuk minuman panas ataupun sejuk.

Minuman Panas
Minuman Panas
Minuman Panas
Minuman Panas



Minuman Sejuk
Minuman Sejuk
Minuman Sejuk
Minuman Sejuk



Jus Pulpa
Jus Pulpa
Jus Pulpa
Jus Pulpa