gototopgototop

Pembuatan Coklat

Penilaian Pengguna: / 86
Tidak MemuaskanTerbaik 
  • Terdapat tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat pahit. Ketiga-tiga coklat ini dihasilkan mengikut kandungan yang berbeza tetapi secara amnya coklat dihasilkan daripada likur koko, lemak koko, gula dan susu.
  • Proses menghasilkan coklat adalah rumit dan mengambil masa yang panjang.
  • Coklat dihasilkan melalui tiga peringkat pemprosesan iaitu pengadunan, penghalusan dan 'conching'. Proses 'conching' ialah proses pengadunan likur coklat secara berterusan selama kira-kira 24 jam pada suhu antara 50°C hingga 65°C.
  • Likur coklat atau coklat tulen yang dihasilkan akan digunakan untuk membuat coklat, coklat salutan dan hasil-hasil coklat yang lain.
  • Coklat memerlukan penyimpanan yang teratur dan sempurna. Jika coklat disimpan dalam suhu yang melebihi 25°C ia akan cair dan rosak.

Sumber: Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia

Proses Pembuatan Coklat

  • Pengadunan

Proses pembuatan coklat bermula dengan mengadunkan likur koko, gula, susu dan sebahagian lemak koko selama kira-kira 5 minit pada suhu 45°C.

  • Penghalusan

Likur coklat yang dihasilkan seterusnya dikisar untuk menghaluskan saiz partikelnya kepada 15 hingga 30 μm. Proses ini adalah bertujuan untuk mendapatkan tekstur coklat yang lembut dan berkualiti tinggi.

  • 'Conching'

Proses ini adalah pengadunan likur coklat secara berterusan selama kira-kira 24 jam pada suhu antara 50°C hingga 65°C. Ketika inilah perisa coklat akan terbentuk. Di samping itu, proses ini akan menyebatikan lagi adunan coklat dan juga sedikit lesitin dicampur dengan sedikit serbuk vanilla serta garam ditambah untuk menambahkan lagi perisa coklat.

  • Pendinginan

Coklat cair perlu didinginkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan untuk menghasilkan coklat siap. Suhu pendinginan bergantung kepada jenis coklat yang digunakan. Proses ini penting untuk menghasilkan kualiti coklat yang baik seperti tidak mudah cair, tahan lama dan sebagainya.

  • Penghasilan Coklat

Coklat yang telah didinginkan sedia untuk menghasilkan blok coklat atau coklat tulen, coklat acuan yang terdiri daripada coklat kepingan dan coklat berinti serta coklat salutan.

Sumber: Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia