gototopgototop

Produk Bukan Makanan

Penilaian Pengguna: / 0
Tidak MemuaskanTerbaik 

Produk bukan makanan seperti kosmetik dan farmaseutikal dihasilkan dengan menggunakan Lemak Koko dan Serbuk Koko.

Lemak Koko dan Serbuk Koko boleh dicampurkan dengan bahan-bahan lain bagi menghasilkan produk kosmetik seperti gincu bibir, bedak asas, balsam bibir dan pelembap muka serta produk farmaseutikal seperti ubat gigi, losyen kecantikan, sabun dan sebagainya.


Kosmetik


GINCU
Gincu bibir ini mengandungi lemak koko yang dapat melembapkan bibir dan menahan lembapan bagi merawat bibir yang kering dan merekah secara semulajadi.


BEDAK ASAS
Bedak asas ini mengandungi serbuk koko iaitu fungsi tambahan sebagai bahan anti penuaan yang mempunyai tekstur berkrim.


BALSAM BIBIR
Balsam ini menggunakan lemak semulajadi mentega koko untuk melegakan bibir pecah, mudah diserap dan melembutkan bibir.


PELEMBAP MUKA
Pelembap ini mengandungi lemak koko iaitu lemak semulajadi dan mempunyai ciri-ciri mesra terhadap kulit dan adalah sesuai digunakan sebagai bahan pelembap dalam pembuatan barangan kosmetik dan penjagaan diri serta melegakan iritasi kulit.

Farmaseutikal


UBAT SALAP
Ubat salap atau balm ini mengandungi lemak koko yang mempunyai kadar penyerapan ubat melalui kulit hidup yang lebih tinggi berbanding dengan produk yang berasaskan minyak mineral.

Penjagaan Diri

UBAT GIGI & PENGUMUR MULUT
Ubat gigi tannin gel dan pengumur mulut atau oral rinse ini mengandungi tannin koko iaitu merupakan polifenol yang berkeupayaan untuk merencat pertumbuhan bacteria seperti Streptococcus mutans dan Streptococcus sanguis yang bertanggungjawab dalam kerosakan gigi.


SKRUB BADAN
Skrub badan ini mengandungi 100% lemak koko sebagai bahan asas dan diadun dengan kulit buah koko yang telah dihancurkan sebagai exfoliant.


GEL MANDIAN
Gel mandian ini mengandungi tannin yang bertindak sebagai bahan antibakteria terhadap Micrococcus Luteus dan Staphylcoccus Aureus yang terdapat pada permukaan kulit.


SABUN MANDI


KRIM RAMBUT
Krim rambut ini diperbuat daripada High Internal Phase (HIP) cocoa butter emulsion secara pencampuran mudah. HIP cocoa butter emulsion merupakan sesuatu emulsi yang dipekatkan dengan emollient dan pelembap.


SHAMPU RAMBUT


LOSYEN