gototopgototop

Koko Di Malaysia

Penilaian Pengguna: / 75
Tidak MemuaskanTerbaik 

Koko merupakan tanaman komoditi keempat terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan kayu kayan. Malaysia adalah negara pengisar koko yang kelima terbesar di dunia selepas Belanda, Cote d'Ivoire, Jerman dan Amerika Syarikat. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman koko yang besar iaitu menyumbang kepada 5,551 hektar (40.4%) daripada jumlah kawasan penanaman koko di Malaysia berbanding Sabah, 5,050 hektar (36.8%) dan Semenanjung Malaysia, iaitu sebanyak 3,127 hektar (22.8%) . Negara-negara pengeluar koko utama di dunia adalah Cote d’Ivoire, Ghana, Indonesia, Nigeria dan Cameroon.

Sumber: Buletin Statistik & Harga Koko, Vol. 1/2014

Fakta Koko


1 Hektar

=

1,111 pokok koko (3m X 3m)

1 Pokok

=

30 - 45 buah

1 Buah

=

30 - 40 biji koko

8 Buah

=

1kg biji koko basah

25 Buah

=

1kg biji koko kering

1 Buah

=

RM0.30 - RM0.70

1kg biji koko basah

=

RM1.65 - RM2.60

1kg biji koko basah

=

0.30kg - 0.40kg biji koko kering

1kg biji koko kering

=

RM8.00 - RM10.00

Sumber: Program Koko Untuk Rakyat

Peta Penanaman Koko Di Malaysia


Sumber: Banci Estet dan Banci Pekebun Kecil 2009

Pokok Koko


Bahan tanaman koko yang baik mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:

  • hasil yang tinggi
  • biji yang bermutu seperti purata berat kering di antara 1.1 hingga 1.2 gram sebiji,
  • biji yang gempal dan seragam serta kandungan kulit yang rendah iaitu kurang daripada 13%
  • kandungan lemak dalam biji melebihi 50%
  • mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama

Terdapat dua jenis bahan tanaman koko iaitu hibrid dan klon.

Hibrid

Klon

  • Hibrid adalah bahan tanaman hasil daripada kacukan dua atau lebih induk/baka
  • biasanya dibiak melalui pendebungaan terkawal dan bebas
  • mempunyai satu batang utama yang tegak dan lurus
  • batang utama membentuk 3-5 dahan utama dikenali sebagai ‘joket’
  • Klon diperolehi melalui pembiakan tampang daripada pokok-pokok individu yang berhasil tinggi
  • pembiakan tampang klon adalah dengan keratan, tut dan cantuman
  • kaedah pembiakan yang selalu diamalkan ialah cantuman mata tunas dan baji sisi

Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia



Jenis Pokok Koko


Pokok Klon

Bunga Koko


  • Bunga terdapat di setiap ketiak daun pada batang utama dan dahan kipas
  • Pendebungaan aktif akan berlangsung di antara pukul 7:00 pagi hingga 10:00 pagi
  • Debunga koko adalah kecil dan melekit serta senang melekat pada badan serangga pendebunga
  • Pendebungaan dilakukan oleh serangga pendebunga yang kebanyakkannya terdiri daripada jenis agas
  • Serangga ini akan meletakkan debunga dari beberapa banyak bunga ke atas pistil supaya berlakunya pendebungaan dan persenyawaan
  • Bunga yang telah melalui proses pensenyawaan akhirnya akan menjadi buah
  • Sekiranya pendebungaan tidak berlaku dalam masa sehari bunga akan kembang, maka bunga berkenaan akan gugur

Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Buah Koko


  • Buah akan masak kira-kira 5-6 bulan selepas persenyawaan
  • Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah koko, bergantung kepada jenis baka
  • Warna kulit yang muda biasanya hijau atau ungu kemerahan pada keseluruhan kulit dan apabila masak, warnanya berubah menjadi kekuning-kuningan
  • Buah koko yang keseluruhannya berwarna kuning menunjukkan buah tersebut sudah terlalu masak. Buah-buah koko tidak digalakkan dibiarkan sehingga terlalu masak kerana ada biji-biji koko yang akan bercambah.

Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia & Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko  Malaysia

  


Biji Koko


  • Benih pokok koko (Theobroma cacao) yang menghasilkan buah koko.
  • Biji koko mempunyai dua kotiledon dan germa atau embrio yang dilitupi oleh testa
  • Setiap biji koko dikelilingi oleh pulpa musilaj dan berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna
  • Jumlah biji koko bagi setiap buah koko adalah di antara 30 hingga 50 biji.

Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

alt

Biji Koko Basah


Biji Koko Kering