gototopgototop

Jenis-jenis Coklat

Penilaian Pengguna: / 120
Tidak MemuaskanTerbaik 

Mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, coklat boleh didefinisikan sebagai:

  • Coklat tulen iaitu coklat yang mengandungi tidak lebih daripada 5% lemak sayuran selain daripada lemak koko. Coklat tulen menggunakan lemak koko dan likur koko.
  • Coklat-coklat yang tidak menepati takrifan yang disebutkan dalam akta berkenaan ialah coklat kompaun atau coklat gantian yang tidak mempunyai nilai pemakanan yang setara dengan coklat tulen. Coklat kompaun atau gantian menggunakan lemak gantian yang lain seperti minyak isirung kelapa sawit.
  • Sementara coklat untuk tujuan salutan bagi pembuatan biskut atau konfeksioneri atau produk-produk yang bersamaan mesti mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

Coklat Tulen

  • Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu likur koko dan lemak koko, lebih dikenali sebagai  coklat tulen yang bermutu tinggi. Biasanya coklat jenis ini digunakan oleh golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.

Coklat Kompaun

  • Bagi menghasilkan coklat yang lebih murah, bahan utama seperti massa koko akan digantikan dengan serbuk koko manakala lemak koko gantian (lemak yang diperah daripada kelapa sawit) mengambil tempat lemak koko asli.
  • Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko dan lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat kompaun.
  • Coklat kompaun lebih senang dikendalikan berbanding coklat tulen dan mudah ditemui kerana ada banyak dalam pasaran. Sebahagian coklat kompaun yang tinggi mutunya boleh menandingi rasa dan tekstur coklat tulen.

Sumber: Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia