gototopgototop

Adakah anda mempunyai resipi koko yang yang lazat dan menyelerakan sedap? Kongsikan bersama kami resipi koko anda! Muatnaik Resipi Koko

Tips & Petua di Dapur

Penilaian Pengguna: / 92
Tidak MemuaskanTerbaik 

1 - 5


1. 10 Tahap Membuat Kek

Pilih bahan yang baru dan bermutu. Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega. Siapkan loyang dan dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan marjerin. Taburkan dengan tepung gandum. Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak. Tambahkan telur satu persatu ke dalam aduanan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 minit untuk setiap butir telur. Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung. Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik. Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek. Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak. Hias kek agar Nampak lebih menarik dan menyelerakan. Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik.

2. Kek Tahan Lama

Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah senarainya. Pembekal di Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.





3. Swiss Roll Tidak Patah

Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:

  • adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan
  • tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat
  • jangan bakar terlalu lama (kek akan keras & patah bila digulung)
  • potong keliling yg keras supaya mudah menggulung                                                                 

4. Shortening & Ovalette

Shortening adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Ovalette atau Quick 75 sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan. Pastikan label "Halal" pada bungkusan. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.




5. Buttercream

Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300-340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi. Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.

6 - 10


6. Hilangkan Krim Kek Pada Peralatan

Peralatan atau bekas-bekas tersebut hendaklah disiram terlebih dahulu dengan air panas. Setelah itu bersihkan seperti biasa dengan air dan sabun. Ia akan mudah dicuci.

7. Tips Membeli Alatan Memasak

Proses memasak akan terganggu apabila barangan memasak rosak. Ini bukan sahaja akan melambatkan masa memasak, malah boleh membahayakan keselamatan keluarga dan rumah jika berlaku kemalangan atau kebakaran disebabkan kerosakan peralatan. Peralatan memasak yang elok tidak semestinya yang mahal. Yang penting, pilih yang berkualiti tinggi dan baru. Berikut adalah beberapa tips membeli perkakas memasak:

  • Beli Perkakas Baru.

Elakkan membeli perkakas di kedai murahan, sebaliknya beli di pasaraya besar. Ini supaya anda tidak terbeli perkakas yang terpakai atau kotor.

  • Jualan Murah.

Jika anda mahu berjimat, belilah ketika musim jualan murah. Ketika ini, barangan perkakas akan dijual dengan harga lebih murah, terutamanya jika pasaraya ingin menghabiskan stok lama. Selain itu, gudang jualan juga salah satu tempat untuk membeli perkakas dengan harga yang murah. Anda cuma perlu bersabar untuk mencari barangan yang dikehendaki.

  • Cari alternatif.

Jika perkakas memasak yang dikehendaki terlalu mahal dan anda tidak mampu untuk membelinya, carilah alternatif lain. Misalnya jika mesin pengisar rosak, gunalah cara lama iaitu menggunakan sudu. Untuk mengukur, boleh menggunakan cawan dan senduk yang sedia ada di rumah.

  • Cuba dahulu.

Kebanyakan kita tidak mahu mencuba perkakas sebelum membelinya kerana menganggap jika ada kerosakan, ia boleh dipulangkan atau digantikan. Namun selalunya perkakas yang rosak akan dibiar terabai begitu sahaja kerana tidak mahu membazir wang, masa, dan tenaga untuk kembali ke pasaraya tersebut. Oleh itu, cuba alat perkakas terlebih dahulu dan pastikan ia berfungsi dengan baik.

Perkakas besi adalah lebih elok. Jika bajet mencukupi, belilah perkakas besi tahan karat. Ia tidak berkarat dan mudah dibersihkan berbanding plastik. Ia juga lebih selamat kerana tidak mudah pecah tidak seperti kaca, yang mungkin membahayakan kanak-kanak. Satu kelemahan besi ialah ia mudah panas.










8. Menghilangkan Minyak di Oven

Oven sering dilekati lemak. Untuk membersihkannya, taburilah garam saat oven masih panas. Setelah dingin, sikatlah dengan sikat kasar. Bagian dalam oven dapat dibersihkan tanpa menggores lapisannya. Caranya: bubuhkan sedikit bikarbonat soda yang telah halus di atas spon lembap dan gosokkan.

9. Merawat Perkakas Dapur

Bau kotor, lemak dan daki biasanya selalu merosakkan peralatan dapur. Tapi sebenarnya semua itu boleh diatasi asalkan peralatan dapur itu dirawat mengikut fungsi dan bahannya. Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk menjaga peralatan dapur supaya kekal bersih:

  • Untuk mencegah peralatan dapur anda yang terbuat dari kayu dari bau makanan, rendamlah semalam sebelum digunakan dengan yang air yang telah diberi cuka putih.
  • Bersihkan peralatan makanan yang terbuat dari plastik dengan merendamnya di dalam air yang dicampur baking soda selama 10 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih.
  • Untuk membersihkan peralatan dapur yang terbuat dari aluminium yang telah menjadi hitam, rebuslah seliter air suam, campur dengan 2 senduk krim tartar. Rebus selama 10 minit lalu gosok.
  • Taburkan tepung di atas tumpahan minyak atau lemak lalu gosok. Minyak atau lemak akan mudah lepas dan hilang. Tepung dapat meresap minyak dan mencegah ia daripada menjalar ke tempat lain.
  • Untuk membersihkan parutan setelah selesai memarut keju, parutlah kentang yang masih mentah. Semua keju yang tersisa di lubang-lubang parutan akan terbawa sekali.
  • Untuk membersihkan perabot dari plastik yang kotor, rendam di dalam satu galon air panas yang telah dicampur 1 mangkuk kecil pemutih. Biarkan selama 20 menit, setelah itu ambil dan cucilah dengan bersih. Terakhir, cuci seperti biasa dengan menggunakan sabun pencuci piring dan air panas.



10. Menghilangkan Kotoran pada Chopping Board

Juga boleh gunakan peluntur seperti petua menghilangkan kotoran pada blender dan pastikan air yang digunakan mencukupi untuk merendam papan tersebut.





11 - 15

11. Menghilangkan Bau Botol atau Balang

Basuh botol atau balang tersebut seperti biasa dan keringkan. Ambil pula arang kayu sebesar 2 cm x 1 cm dan masukkan dalam botol tadi. Tutupkan botol itu. Tutup sehingga bau botol benar-benar hilang (kira-kira dua jam).



12. Bersihkan Karat pada Teko dan Cawan

Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur dengan air garam dan limau nipis. Biarkan selama lebih kurang lima belas minit. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapati cawan dan teko tersebut bebas daripada kesan karat yang disebabkan oleh teh atau kopi.




13. Roti Harumkan Peti Sejuk

Peti sejuk jika tidak dijaga dengan baik akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Pelbagai bahan makanan disimpan di dalamnya seperti ikan, daging, sayur dan lain-lain lagi. Untuk itu, bagi mengatasi masalah ini, masukkan dua atau tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari di dalamnya. Kemudian, gantikan dengan roti baru. Dengan cara ini, bau dalam peti sejuk anda dapat dikurangkan.



14. Menyimpan Cendawan Lebih Lama

Cendawan yang kita beli di pasar biasanya di dalam plastik. Jika anda hanya pergi ke pasar seminggu atau dua minggu sekali, sukar menyimpannya kerana ia mudah busuk. Jadi, selepasa membeli cendawan, keluarkan dari plastiknya dan elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan itu dengan kertas surat khabar dan dimpan dalam peti sejuk. Jika disimpan di dalam plastik, cendawan itu akan bernafas dan mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia akan tahan lebih lama iaitu kira-kira lima hingga ke tujuh hari.

15. Terkena Air Panas

Sekiranya anda terkena air panas, madu panas atau minyak panas semasa memasak, cepat-cepat siramkan dengan air sejuk dengan kadar segera.


16 - 20


16. Menghilangkan Kesan Kunyit atau Kotor pada Blender

Jika anda ingin menghilangkan kesan kunyit di dalam blender, masukkan sedikit peluntur atau bleach ke dalam blender tersebut dengan sedikit air suam dan kisarkan ait itu sehingga kesan kuning hilang. Anda juga boleh memasukkan dua sudu makan cuka dicampur dengan air panas ke dalam blender dan kemudian kisarkan air tersebut. bilas dengan air panas dan keringkan. Cara ini juga berkesan jika anda ingin menanggalkan kesan karat the, kopi dan sebagainya pada cawan dan gelas atau pinggan. Masukkan peluntur di dalam air panas dalam bekas pilihan anda dan masukkan cawan atau gelas tersebut. biarkan sehingga daki atau karat itu hilang sendiri. Ini mengambil masa kurang sepuluh minit. Selepas itu, bilas pinggan mangkuk anda dengan perahan limau nipis atau pun pencuci pinggan yang biasa anda gunakan. Lihatlah hasilnya.

17. Masak Lemak Pecah Minyak

Jika ingin mengelakkan masak lemak anda pecah minyak dan berketul-ketul, pastikan api anda perlahan sepanjang memasaknya. Atau jika ingin memasak dengan sepat, anda besarkan api dapur dan pastikan sentiasa mengacau masak lemak tersebut sehingga sudah pekat kira-kira sepuluh minit dan kemudian perlahankan api tersebut sehingga masak.






18. Menghilangkan Hanyir Ikan di dalam Sup

Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan sama beberapa sudu perahan limau nipis agar sup anda tidak hanyir malah lebih sedap lagi. Sekiranya hanyir ikan melekat di tangan, lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan bilas. Memang hilang bau hanyirnya.




19. Mengurangkan Rasa Pedas Cili

Untuk mengurangkan rasa pedas cili sambal tumis atau sambal belacan, masukkan beberapa potong tomato dan tumbuk bersama-sama, ia tidak akan menjadi terlalu pedas malah anda tidak perlu lagi menambah banyak air untuk menjadikan kuantitinya lebih banyak. Tambahkan juga sedikit gula dalam masakan bercili anda.






20. Ingin Nasi Tahan Lebih Lama

Beras jika dicuci sekali sahaja maka nasi akan cepat basi. Tetapi, bersih yang dibilas sekali ini mempunyai lebih karbohidrat kerana kanjinya tidak hilang semasa dibasuh. Untuk mengelakkan nasi anda cepat basi, pastikan nasi anda betul-betul kering airnya dan jika menggunakan periuk nasi elektrik, bilas beras anda sehingga bersih.



21 - 25

21. Mudah Mengupas Telur Rebus

Pastikan telur itu sudah sejuk. Anda mahu menggunakannya dengan kadar segera, pastikan anda mengupas telur rebus yang panas itu di dalam air sejuk, jangan mengupasnya di udara. Ketukkan dulu telur untuk meretakkan keseluruhan kulitnya dan kemudian kupas di dalam air sejuk. Telur itu akan licin dan cantik.





22. Petua Menyimpan Lengkuas

Jika anda tidak mahu lengkuas yang dibeli cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau botol plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat. InsyaAllah ia akan tahan lebih lama.




23. Daun Kari Tahan Lebih Lama

Jika suka membuat kari, pastikan daun kari itu anda basuh dan biarkan kering, kemudian leraikan daun kari dari tangkainya dan masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk, insyaAllah ia akan tahan lebih lama dan masih ada baunya.





24. Hilangkan Bau Durian dari Peti Sejuk

Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda. Bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau.




25. Daun Pandan yang Sentiasa Segar

Basuh dengan bersih dan bungkus daun pandan itu di dalam akhbar dan simpan dalam peti sejuk.

...........................

26- 30


26. Empukkan Daging

Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak. Selain itu, masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda. Juga gaulkan daging yang mahu dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam, kemudian baru dimasak. Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut. Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.

27. Hilangkan Bau Hamis Daging

Rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis kemudian, barulah dimasak mengikut resipi anda atau cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging.





28. Menghalau Lalat

Semasa kenduri kendara, ambil dua batang lilin dan nyalakan. Letakkan di mana-mana tempat yang anda kehendaki. Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang mengerumuni tempat tersebut. kemudian, letakkan daun kari itu di dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat tersebut.



29. Menghilangkan Kotoran pada Kulit Kerang

Bagi anda yang gemar memakan kerang, ada petua untuk membersihkannya. Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sampai hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan mendapati kulit kerang akan lebih bersih.






30. Mempercepatkan Air Mendidih

Mungkin anda pernah mengalami situasi di mana tetamu datang secara mengejut. Dan anda terkial-kial hendak menyediakan air minuman. Cara ini boleh membantu untuk mempercepatkan air mendidih, ambil air sejuk dan jerangkan. Masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air yang dijerang. Air yang telah dicampur dengan gula akan lebih cepat mendidih berbanding air biasa tanpa gula.



31 - 35

31. Cara Elak Ayam Goreng Melekat di Kuali

Jika menggoreng ayam yang banyak pastinya akan melekat di kuali dan menyebabkan ayam yang digoreng hancur. Petua ini boleh membantu. Letakkan daun pisang di dalam kuali menggoreng. Hasilnya, ayam yang digoreng akan mudah diangkat dan tidak hancur.






32. Jus Lemon

Satu lagi remedi semulajadi yang mudah diperolehi di rumah anda adalah jus lemon, suatu agen pembersih yang kuat dengan bauan sitrus yang menyegarkan. Contohnya di dapur, jus lemon boleh diguna untuk melarutkan sabun dan kotoran yang sukar untuk ditanggalkan, dan mengilatkan alatan yang diperbuat daripada aloi dan juga besi. Anda juga boleh mencampurkan sama ada jus lemon dengan cuka ataupun soda penaik bagi menghasilkan pes pembersih untuk tujuan pembersihan pingan mangkuk, permukaan yang kotor ataupun kotoran akibat tumpahan kopi. Kulit lemon yang diletakkan di dalam tong sampah ataupun tempat pembuangan akan meneutralkan bauan yang kurang enak dan seterusnya mengurangkan bau hapak daripada tong sampah anda.

33. Coklat Tulen

Coklat tulen mengandungi lemak koko atau tidak lebih daripada 5% lemak sayuran. Sementara coklat kompaun menggunakan lemak gantian bagi menggantikan lemak koko.



34. Proses 'Tempering'

Proses ‘tempering’ atau penyepuhan coklat tulen adalah proses penstabilan lemak koko dengan cara mendinginkan coklat cair kepada suhu tertentu sebelum dinaikkan semula. Suhu stabil bagi coklat pahit atau gelap adalah 30°C – 31°C manakala coklat susu dan coklat putih adalah 27°C – 28°C.

35. Bebunga Gula

Bebunga gula atau `sugar bloom’ terjadi apabila coklat terdedah kepada wap air di udara. Wap air akan melarutkan gula dipermukaan coklat dan kemudian membentuk ktristal gula berwarna putih.


36 - 39

36. Bebunga Lemak

Bebunga lemak atau `fat bloom’ terjadi apabila coklat terdedah kepada suhu yang panas. Lemak dipermukaan coklat akan cair dan kemudian membetuk kristal lemak berwarna putih.



37. Coklat Gelap

Coklat gelap atau pahit dihasilkan dengan menggabungkan massa koko, lemak koko, gula, lesitin (bahan pengemulsi) dan vanilin (perisa vanila).

38. Proses Penstabilan Kristal

Coklat tulen perlu melalui proses penstabilan kristal (tempering) sebelum digunakan untuk pembuatan produk–produk seterusnya.



39. Coklat Kompaun

Coklat kompaun tidak perlu melalui proses penstabilan kristal (tempering) sebelum digunakan untuk pembuatan produk–produk seterusnya.