gototopgototop

Tahukah Anda?

Penilaian Pengguna: / 26
Tidak MemuaskanTerbaik 

Koko boleh dianggap sebagai makanan ringan atau tambahan yang menyihatkan. Hal ini benar apabila ramai penggemar coklat menggemari coklat bukan sahaja kerana rasanya tetapi kerana terdapat kandungan nutrisi yang penting di dalam coklat. Tambahan pula, coklat memainkan peranan sebagai suplemen penting dalam mengamalkan diet yang seimbang dan bahan yang terkandung dalam koko dan coklat dalam membantu dalam penjagaan kesihatan manusia.

TAHUKAH ANDA?

Coklat merupakan makanan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Coklat boleh dinikmati dan diaplikasikan dalam pelbagai jenis aneka makanan seperti ais krim, minuman, kek, biskut dan banyak lagi. Fungsi dan pengaruh komponen-komponen aktif yang terkandung dalam coklat menjadikan coklat sebagai makanan yang mempunyai khasiat dan manfaat yang sangat baik dalam kehidupan manusia.


Tahukah anda bahawa koko merupakan sumber antioksida yang mana kandungan polifenol di dalamnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara mencegah Low Density Lipoproteins (LDL) atau yang sering disebut lemak jahat, sehingga dapat mencegah sumbatan pada dinding-dinding pembuluh darah arteri. Kandungan antioksidan di dalam setiap coklat adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti kandungan koko dan proses pengolahan. Secara umum, serbuk koko dan coklat pahit mengandung antioksidan dalam jumlah yang lebih tinggi daripada coklat susu. Berikut kandungan antioksida polifenol dalam beberapa produk:-

  1. Coklat susu (50g) - 100 mg polifenol
  2. Coklat pahit (50g) - 300 mg polifenol
  3. Wine merah (140mL) - 170 mg polifenol
  4. Teh (240mL) - 400 mg polifenol
  5. Serbuk koko (16g) - 200 mg polifenol

Koko mengandungi polifenol dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti sakit jantung dan barah perut. Bahan antioksida seperti ‘catechin’ juga yang dapat membantu menghalang penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan penuaan.


Tahukah anda bahawa kajian mendapati kuantiti antioksida yang diserap daripada koko dan coklat adalah tinggi jika dibandingkan dengan teh dan sayur-sayuran serta kandungan coklat yang kaya dengan antioksida dapat mengurangkan risiko ‘atherosclerosis’, fikiran yang tidak sihat dan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Tahukah anda bahawa daripada kajian yang dijalankan di Jepun, pengambilan antioksida semasa stres memberi kesan pada stamina. Hal ini menunjukkan bahawa ‘polifenol’ di dalam koko berupaya mempengaruhi emosi seseorang walaupun dalam keadaan yang stres dan salah satu langkah untuk mengurangkan stres.


Tahukah anda bahawa penuaan adalah proses di mana disebabkan oleh pendedahan yang melampau terhadap faktor radikal. Oleh itu, diet yang kaya dengan antioksida boleh memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan.

Kajian mendapati bahawa jangka hayat seseorang itu boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun melalui diet yang seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian lain pula mendapati bahawa penggemar coklat dapat menikmati purata jangka hayat sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat.


Tahukah anda bahawa karbohidrat yang terdapat di Di dalam kandungan coklat dapat meningkatkan tahap ‘serotonin’ di dalam otak dan mempengaruhi perangai dan kelakuan seseorang.


Tahukah anda bahawa berdasarkan kajian yang dilakukan, jika seseorang itu memakan coklat atau tidak, ianya tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada keadaan kulit muka kerana para doktor mempercayai bahawa jerawat tidak berkaitan dengan pemakanan dan lebih dipengaruhi oleh stres dan hormon.


Tahukah anda bahawa koko mengandungi agen antibakteria yang sebenarnya membantu melawan kerosakan gigi. Namun, harus diingat bahawa coklat mengandungi kandungan gula yang tinggi yang mungkin mempengaruhi kebaikan agen ini.


Tahukah anda bahawa kajian yang dilakukan di Pittsburgh State University terhadap 63 wanita menunjukkan bahawa coklat bukan merupakan penyebab sakit kepala atau migrain kerana migrain lebih dihubungkaitkan dengan hormon di dalam tubuh.


Tahukah anda bahawa jika anda memakan coklat dalam kuantiti yang banyak, ianya tidak akan meningka tkan tahap kolesterol dalam darah kerana ianya mengandungi asid sterik iaitu asid lemak tepu yang tidak akan memberi kesan ke atas paras kolesterol. Asid sterik ini merupakan kolesterol yang baik yang tidak mengakibatkan arteri tersumbat. Lemak koko juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi yang akan merendahkan kolesterol jahat (LDL) dan tetapi tidak mengubah kolesterol baik (HDL).


Tahukah anda bahawa dengan anggaran sebanyak 1.5 ounce bar coklat susu yang diambil, ianya mengandungi mineral dan vitamin seperti yang disarankan: 3gm protein; 15% Riboflavin; 9% Kalsium; 7% Zat Besi.


Tahukah anda bahawa coklat terutamanya coklat susu adalah tinggi kalori. Malah ianya pernah dianggap membantu dalam meningkatkan lagi berat badan seseorang. Namun, ramai yang beranggapan sebaliknya iaitu dengan meminum secawan minuman koko panas sebelum makan sebenarnya dapat mengawal selera makan. Seorang penyelidik pernah membuat kajian membantu pesakit obesiti untuk mengurangkan berat badan mereka dengan hanya memakan coklat.


Tahukah anda bahawa kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menyatakan bahawa seorang lelaki yang yang makan coklat dapat menikmati jangka hayat lagi setahun berbanding mereka yang tidak kerana kandungan kimia yang terdapat di dalam coklat mungkin dapat mempengaruhi perasaan dan mengubah kehidupan sesorang yang mungkin juga penyumbang kepada jangka hayat seseorang. Namun, pendapat tersebut masih lagi dalam kajian.